Salam pekenalan pada semua Blogger,
Sebenarnya saya suka menulis tapi tidak tau macam mana tulisan saya dapat di lihat atau di baca oleh publik. Satu hari saya terbaca tentang blogger, saya punya note book saya berfikir kenapa saya tak gunakan blogger untuk menulis apa saja yang saya nak tulis. Selepas itu timbul pulak masaaalah pada saya,saya x tau macam mana nak buat blog. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya saya berjaya membuat blog tampa bantuan sesiapa pun.
Apa yang saya mahu perkatakan untuk pertama kalinya ini ialah tentang NASIB ORANG MELAYU 10 TAHUN AKAN DATANG. Apa akan berlaku pada orang melayu,apa kah masih mampu berkuasa seperti sekarang, atau akan kehilangan kuasa di bumi sendiri. Ketika ini orang melayu bercakaran sesama sendiri,tuduh menuduh, caci mencaci , bangsa asing tersenyum sinis melihat gelagat orang kita. Negara ini adalah tanah melayu,kenapa kita masih tidur di buai mimpi. Bangun lah wahai bangsa ku,sedar lah suatu hari nanti kita tidak akan mampu berkuasa lagi kalau keadaan ini berterusan. Ketika itu anak cucu kita akan menangis merintih dan menyasali apa yang telah kita lakukan.
Hari ini kita sudah dapat melihat apa yang berlaku,kuasa politik melayu beransur ansur terkikis,kalau kuasa politik kita sudah tiada apa yang ada pada orang melayu lagi...? apa kah kita akan terus terpinggir.Dewasa ini 2 parti politik terbesar orang melayu saling tidak mempercayai satu sama lain,masing2 dengan edologi perjuangan yang berbeza. Kenapa masih tadak mahu dudok semeja berunding tentang nasib bangsa kita. Tolong lah wahai pepimpin besar, lupakan edologi politik buat sekita demi bangsa melayu, demi anak cucu kita.