Memancing adalah suatu hobi yang paling di minati pada ketika ini, dimana mana sahaja ada pertandingan memancing di sekitar lembah Klang pasti ramai yang akan menyertainya. Di sekitar daerah Ulu langat misalnya terdapat banyak kolam kolam memancing air tawar berbayar, yang menawarkan berbagai-bagai pakej yang menarik kepada kaki kaki pancing.
Setiap malam minggu ada saja pertandingan yang di anjurkan oleh pemelik pemilik kolam tersebut,kepada kaki kaki pancing. Disekitar Ulu Langat sahaja tidak kurang 15 buah kolam berbayar telah ujud. pilih sahaja lokasi yang anda minati.
Dalam catatan saya kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada kaki kaki pancing KOLAM MEMANCING SEBARE, yang terletak di kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang Selangor yang jarak nya lebih kurang 25 kilo meter dari Ibu Kota. Kolam ini telah di buka pada 19hb Julai 2008. Pada masa ini kolam memncing Sebare sentiasa di kunjungi oleh kaki kaki pancing dari sekitar selangor dan Negeri Sembilan, kolam ini juga begitu sesuai untuk keluarga bagi menghabiskan cuti hujung minggu, kerana kolam ini memberikan pemandangan dan lan sakp yang begitu menarik. Kemudahan asas seperti Restoran makanan laut ada juga disediakan bagi .
Kolam yang terletak di keluasan tanah sebanyak 3 hektar, dengan keluasan kolam 450 kaki x 150 kaki dengan kedalaman 6 kaki dengan kapisiti pemancing lebih kurang 300 orang pada satu satu masa dan beroperasi 24 jam menawarkan berbagai pakej menarik untuk kaki kaki pancing. Jenis jenis ikan yang terdapat dalam kolam ini ialah ,PATIN,ROHU,TALAPIA MERAH,BAUNG LEKOH,TONGSAN SISIK HALUS DAN KASAR,PACU, KELI AFRIKA,JELAWAT.ikan terberat yang ada dalam kolam ini, 21 kg. ia itu jenis pacu.
Dengan persakitaran yang jauh dari kebisingan kota, kolam ini amat sesuai untuk mana pehak yang ingin menganjurkan hari keluarga kerana terdapat banyak kemudahan yang di sediakan bagi tujuan tersebut,dengan pakej yang berpatutan.
Bayaran bagi individu ialah RM 12.00 bagi 2 jam memancing dan di beri masa tambahan 30 minit dan Rm 6.00 bagi jam berikutnya. Selain pakej lain yang menarik ialah 5 jam memancing dapat 1 jam percuma.
Bagi pakej sewa kolam bayaran yang di kenakan ialah RM 2000.00 pada hari Isnin hingga Khamis dan Rm 2500.00 pada hari Jumaat hingga hari ahad.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Azmi No Tel- 012-2858345 atau Adi Pacu Tel 013-2562425 John 019-3476426
banyak ke ikan ? confirm boleh dpt naik. sebab adik & adik ipar dah pegi 3 kali baru baru ni tgh malm pagi & tengahhari pun masih tak dpt naik ikan......
ReplyDelete